Jumaat, 9 November 2012

ASAL USUL VALENTINE DAY- PUNCA KENAPA HARAM?


Sejarah ringkashari valentine

Pada 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahan dengan pemerintah Rom iaitu Raja Claudius II (268 – 270 M). Lalu para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine dalam bentuk ‘upacara keagamaan’.Tetapi sejak abad 16 M, ia mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi ‘perayaan bukan keagamaan’.Kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Rom kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada 15 Februari. Setelah orang-orang Rom masuk agama Nasrani(Kristian), pesta itu dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi ‘bagai burung jantan dan betina’ pada 14 Februari.

Hari Valentine dari perspektif Islam

firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Orang Islam dan hari valentine

Kesimpulannya :Menyambut atau meraikan Sambutan hari valentine ini adalah amat bertentangan dengan Syarak maka bagi orang Islam sudah jelas meraikannya adalah bertentangan dengan akidah Islam dan tidak bagi yang bukan Islam. Islam itu Nasihat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan