Selasa, 31 Disember 2013

Ustaz Menjawab Hukum Menyambut Tahun Baru Masihi

Soalan


Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

Sekian

Ust Zaharuddin
www.zaharuddin.net

HARAM SAMBUT TAHUN BARU KALENDAR MASEHI!!!!!






OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.

Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [ http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.


Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :

عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :

وَاسْتُنْبِطَ مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ

Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :

لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :

وكما أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله

Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :

وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .



Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :

ويكفر بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :

أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى

Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :

ولا يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور

Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :

ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم

Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :

ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار

Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat

قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”.

Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.


Khamis, 24 Oktober 2013

Rahsia Nombor SMS 5 Angka!

kredit to ---- farid108


 Assalamualaikum dan salam sejahtera^^, saya mahu kongsikan sedikit maklumat kepada anda sekalian yang sudah pasti pernah menerima SMS daripada pelbagai nombor 5 angka yang bermula dengan nombor 1, 2, 3, dan 6. Tetapi, adakah anda tahu identiti permulaan setiap nombor tersebut? Apakah perbezaan nombor-nombor Kod SMS yang bermula dengan No 1, 2, 3, dan 6? Apakah rahsianya?

Di sini, saya ingin kongsikan serba ringkas mengenai identiti kod nombor SMS tersebut untuk panduan kita bersama sebagai pengguna telefon bimbit.

Bermula Nombor 1 seperti 15888 - Organisasi Milik Kerajaan (My SMS)

- Ada juga nombor yang hanya boleh menerima panggilan sahaja seperti talian TNB, Talian NUR, yang mula dengan no 1.
- Biasanya boleh hantar atau terima SMS, dikhaskan untuk milik Kerajaan.
- Boleh semak saman.
- Bayaran gaji pinjaman perumahan
- Semak keputusan peperiksaan
15888 No KPDNKK (1-800-88-6800) http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
 
 

Bermula Nombor 2 - Telco Branded yang kita langgan

- Boleh dihantar kepada pelanggan dengan adanya flyers content. Kebenaran daripada kita sebagai pelanggan.
- Ada juga boleh hantar ON pada syarikat telekomunikasi untuk melanggan.

Bermula Nombor 3 - SMS Premium (Syarikat swasta Contoh: AFUNDI)

- Biasanya akan dikenakan cas tinggi sikit (MO: Mobile Originating)
- Hantar dan dibalas SMS akan dicas. 
  (Contoh: Hantar 15 sen, Terima 50 = 65sen/ Hantar 15sen, Terima 30 sen)
- Ada juga boleh untuk melanggan (Syarikat berita, Surat khabar)
- Hantar ON (melanggan berita syarikat swasta ada lesen) Bila dibalas, akan dicas.

*Biasanya dalam iklan, ada harga ditulis paling kecil. Kita setuju dengan cas yang dikenakan jika kita hanta ON. Ada iklan yang mengelirukan. Pendaftaran percuma, tapi terima akan dicas (ini mengelirukan). Boleh berhenti melanggan dengan hantar STOP ALL.

Kemudian, jika kita nak duit balik, boleh dengan cara:-
- Aduan terus ke syarikat TELCO atau lapor ke laman web MCMC.
- Lapor kepada Persatuan Mudah Alih Malaysia untuk memulangkan semula wang.
  (email: aduan@mmcp.org.my)

Bermula Nombor 6 - SMS Blog Card/ TAC perbankan internet.

- Tiada Cas kepada pemilik telefon.
- Kad kredit dari luar negara.

Tiada Nombor, atau tulis nama syarikat - Marking
- Dulu boleh guna nama sahaja tanpa ada nombor, tapi sekarang tak boleh.
- Tujuan asal menyenangkan, tapi sudah disalah gunakan.

Nombor yang panjang-panjang, biasanya daripada luar negara dan mungkin penipuan.

No di Malaysia sekarang ada 32 Juta lebih.

Sekian, Terima kasih.

Rabu, 23 Oktober 2013

BURUNG PIPIT TERBAKAR....SEDIH!!!!!!!!!!!!!!!!!




 PHOTO DARI NIKMET

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa
pakaian menutup tubuhnya.
Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil
lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia
menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di
bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata,

“Abang, apa abang
tutup dengan buku tu?” tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.
Kerana malu, pemuda itu menjawab,

“Ah tidak ada apa-apa. ini hanya
seekor burung pipit?” Seekor burung pipit?” tanya gadis itu kebingungan.

Betul, hanya seekor burung pipit,” jawab pemuda lebih tegas. Setelah

gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil
meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat
sangat.

Seorang polis menanyainya,

“Apa yang terjadi?” “Saya tidak tahu. Saya
sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan
tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di
sini. Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya,

“Apa
yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?”

Gadis kecil itu menjawab,

“Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang
tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi
tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya
patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar
sarangnya!”


JANGAN TEMBERANG SAMA ITU BUDAK KECIL!!!!! NAHAS BRO.... 

Selasa, 8 Oktober 2013

Tarikh Pembentangan Bajet 2014



 Bajet 2014



Menurut laporan, Bajet 2014 akan dibentangkan pada 25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Selain in, Datuk Seri Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan olehnya bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

“Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita. Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.

Datuk Seri Najib turut menyatakan bahawa tema perundingan belanjawan tahun ini ialah, Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi.


* agak2 gaji naik tak?
*elaun rumah yang rm180 tu ada kenaikan ke tak?
*harga minyak?
*harga rumah?
*pinjaman increase tak tahun pembiayaan dia?
*apa yang agak2 korang rasa patut ada dalam pembentangan ni?
*doa2kan rakyat didahulukan lagi tahun depan...AMIN......................................

sumber dari ----->> aku punyer 

Rabu, 21 Ogos 2013

100 TIPS PENJIMATAN ELEKTRIK

PERALATAN-PERALATAN KECIL (ELEKTRIK GAJET)

 1.Memasak dengan peralatan kecil. Memasak dengan pembakar ketuhar, periuk elektrikkuali dan lambat anda untuk kerja-kerja khusus, bukannya julat. Peralatan kecilmenggunakan tenaga kurang.

2. Menggunakan gelombang mikro. Ketuhar gelombang mikro memendekkan masa memasak, yang menjimatkan tenaga.
 
3. Membersihkan atau menggantikan penapis udara. Menggantikan penapis pada tudungekzos, humidifiers, vakum, dan lain-lain penapis tersumbat menjejaskan prestasi dan menyebabkan unit untuk menjalankan lebih lama.
 
4. Main air paip/biasa untuk pelupusan/membasuh kuman atau kotoran. Air panas memerlukan tenaga untuk memanaskan air.Air sejuk menjimatkan tenaga dan mengukuhkan gris, bergerak dengan lebih mudah melalui pelupusan sampah dan paip.

PETI SEJUK DAN PENYEJUK BEKU

 5. Membeli model Energy Star. Apabila membeli peti sejuk baru atau beku, mencari labelEnergy Star. Peti sejuk Tenaga Bintang dan beku dapat menjimatkan ratusan ringgitpada bil elektrik anda sepanjang hayat perkakas. Ingat, peti sejuk beku lebih tua danmenggunakan elektrik dua hingga tiga kali lebih daripada orang-orang yang 10 tahunatau kurang.

6. Pilih saiz yang betul. Menentukan keperluan isi rumah anda sebelum membeli peti sejuk atau penyejuk beku. Salah satu yang adalah tenaga sisa terlalu besar.
 
7. Hanya menggunakan satu peti sejuk atau penyejuk beku. Anda boleh menghabiskansehingga $ 120 di elektrik setahun menggunakan peti sejuk kedua atau beku. Jika andamahu menggunakan peti sejuk beku kedua atau semasa cuti atau untuk majlis-majliskhas, hidupkannya satu hingga dua hari sebelum anda memerlukannya.
 
8. Jangan menetapkan suhu sejuk daripada yang diperlukan. Tetapkan suhu peti sejukantara 36 ° F dan 42 ° F. Tetapkan kawalan beku supaya suhu antara -5 ° F dan 6 ° F. Atermometer kecil yang diletakkan di dalam peti sejuk atau beku akan membantu anda menetapkan dengan betul.

Jumaat, 12 April 2013

NEGARA DEMOKRASI- SUMBER WIKIPEDIA


Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi,undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
Perkataan ini berasal dari Yunani δημοκρατíα dari δημος bermaksud "rakyat", ditambah pula dengan κρατειν bermaksud "memerintah", dengan kata hubung íα; yang memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrem boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).

ELEMEN DALAM DEMOKRASI 
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:

INGIN DITEGASKAN KENYATAAN YANG DI BOLD @HIGHLIGHT....

adakah kita benar2 mengamalkan sistem ini seperti di atas???

berpihak pada mana2 pihak tidak menjadikan anda kuat...kerana pihak yang menang pasti menjanjikan sesuatu yang mungkin tidak terlaksana...betol?

Rabu, 9 Januari 2013

FACEBOOK BINTI JAMAL IBRAHIM

MESIR: SEORANG BAPA MEMBERI NAMA ANAK PEREMPUAN NYA "FACEBOOK"

Akhbar tempatan Mesir, Al-Ahram melaporkan " "Seorang lelaki muda dalam lingkungan dua puluhan  mahu  meluahkan rasa terima kasih tentang  kemenangan belia(pengasas facebook) 25 Jan telah dicapai dan memilih untuk meluahkanya dalam bentuk menamakan anak sulung gadisnya " Facebook "binti Jamal Ibrahim (namanya.)Keluarga gadis itu,kawan-kawan, dan jiran-jiran di rantau Ibrahimya berkumpul di sekeliling bayi yang baru dilahirkan untuk menyatakan sokongan berterusan mereka bagi revolusi yang bermula di Facebook. "Facebook" menerima banyak hadiah dari belia yang gembira dengan ketibaan dan nama baru bayi tersebut. Penggunaan nama [Facebook] telah  mengejutkan seluruh dunia. "



 Secara peribadi, saya amat gembira gadis itu tidak dilahirkan pada tahun 2003, kerana namanya akan menjadi  "Myspace," dan itu perkara yang pasti dielak.