Selasa, 25 September 2012

Bajet 2013

6 Tuntutan Cuepacs. Jika 70% Diluluskan, Kakitangan Kerajaan Kerja Lebih Masa Setiap Hari!

  1. Diharapkan kerajaan dapat menyediakan lebih banyak lagi (35%) perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar  harga RM60,000 dan RM150,000. Sangat bersetuju. Apartment biasa pun kebanyakannya dah melonjak ke RM180,000 sekarang
  2. Meningkatkan elaun perumahan sewa bulanan daripada RM180 yang ditawarkan ketika ini
  3. Menawarkan bonus 2 bulan gaji kepada kalangan penjawat awam
  4. Membela nasib 45,000 pekerja kontrak yang berakhir pada 31 Disember 2012 ini yang kebanyakannya masih berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Penyelesaian yang difikirkan sesuai samada melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan
  5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
  6. Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan
Tuntutan Cuepacs Bajet 2013 Bajet 2013 : 6 Tuntutan Cuepacs. Jika 70% Diluluskan, Kakitangan Kerajaan Kerja Lebih Masa Setiap Hari!
Andaikata daripada 6 tuntutan Cuepacs di atas, 70 peratus diluluskan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2013, Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah berjanji kepada kerajaan supaya anda, anda semua yang merupakan penjawat awam mesti bekerja lebih masa sebagai balasan di atas tuntutan yang dipenuhi dalam Bajet 2013 ini nanti tanpa sebarang ganjaran…


Butirannya ialah :
  • Cuepacs akan pastikan akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja supaya kakitangan kerajaan datang kerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat

  • Bermakna selepas ini kakitangan kerajaan akan ditambah 30 minit masa bekerja setiap hari tanpa ganjaran...


PERSOALANNYA.....PERNAHKAH CUEPACS DAPAT APA YANG MEREKA CADANGKAN....?????? PERNAHKAH ???PERNAHKAH???


SEANDAINYA CADANGAN DI ATAS DITERIMA PAKAI.....ADAKAH ANDA SETUJU??????

KITA HANYA MENDOAKAN YANG TERBAIK DAN TIDAK LAIN YANG KITA INGINKAN....IAITU PERUBAHAN YANG MUNGKIN MEMBERI IMPAK POSITIF DALAM MEMPERTINGKATKAN PRESTASI PENJAWAT AWAM DALAM MENJALANKAN TUGAS...JANGAN HANYA MENGHARAP BONUS DAN IMBUHAN...TETAPI PENINGKATAN TARAF HIDUP YANG SEJAJAR DENGAN KENAIKAN EKONOMI YANG SEMAKIN MEMBUNUH! 


sumber ni dari __>>>>   http://beritasemasa.com/cuepacs-bajet-2013-tuntutan

sila lawati laman web di atas utk lebih terperinci...kot?? hehehhe...sharing is thinking others right...huhuhu











Tiada ulasan:

Catat Ulasan