Khamis, 24 Oktober 2013

Rahsia Nombor SMS 5 Angka!

kredit to ---- farid108


 Assalamualaikum dan salam sejahtera^^, saya mahu kongsikan sedikit maklumat kepada anda sekalian yang sudah pasti pernah menerima SMS daripada pelbagai nombor 5 angka yang bermula dengan nombor 1, 2, 3, dan 6. Tetapi, adakah anda tahu identiti permulaan setiap nombor tersebut? Apakah perbezaan nombor-nombor Kod SMS yang bermula dengan No 1, 2, 3, dan 6? Apakah rahsianya?

Di sini, saya ingin kongsikan serba ringkas mengenai identiti kod nombor SMS tersebut untuk panduan kita bersama sebagai pengguna telefon bimbit.

Bermula Nombor 1 seperti 15888 - Organisasi Milik Kerajaan (My SMS)

- Ada juga nombor yang hanya boleh menerima panggilan sahaja seperti talian TNB, Talian NUR, yang mula dengan no 1.
- Biasanya boleh hantar atau terima SMS, dikhaskan untuk milik Kerajaan.
- Boleh semak saman.
- Bayaran gaji pinjaman perumahan
- Semak keputusan peperiksaan
15888 No KPDNKK (1-800-88-6800) http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
 
 

Bermula Nombor 2 - Telco Branded yang kita langgan

- Boleh dihantar kepada pelanggan dengan adanya flyers content. Kebenaran daripada kita sebagai pelanggan.
- Ada juga boleh hantar ON pada syarikat telekomunikasi untuk melanggan.

Bermula Nombor 3 - SMS Premium (Syarikat swasta Contoh: AFUNDI)

- Biasanya akan dikenakan cas tinggi sikit (MO: Mobile Originating)
- Hantar dan dibalas SMS akan dicas. 
  (Contoh: Hantar 15 sen, Terima 50 = 65sen/ Hantar 15sen, Terima 30 sen)
- Ada juga boleh untuk melanggan (Syarikat berita, Surat khabar)
- Hantar ON (melanggan berita syarikat swasta ada lesen) Bila dibalas, akan dicas.

*Biasanya dalam iklan, ada harga ditulis paling kecil. Kita setuju dengan cas yang dikenakan jika kita hanta ON. Ada iklan yang mengelirukan. Pendaftaran percuma, tapi terima akan dicas (ini mengelirukan). Boleh berhenti melanggan dengan hantar STOP ALL.

Kemudian, jika kita nak duit balik, boleh dengan cara:-
- Aduan terus ke syarikat TELCO atau lapor ke laman web MCMC.
- Lapor kepada Persatuan Mudah Alih Malaysia untuk memulangkan semula wang.
  (email: aduan@mmcp.org.my)

Bermula Nombor 6 - SMS Blog Card/ TAC perbankan internet.

- Tiada Cas kepada pemilik telefon.
- Kad kredit dari luar negara.

Tiada Nombor, atau tulis nama syarikat - Marking
- Dulu boleh guna nama sahaja tanpa ada nombor, tapi sekarang tak boleh.
- Tujuan asal menyenangkan, tapi sudah disalah gunakan.

Nombor yang panjang-panjang, biasanya daripada luar negara dan mungkin penipuan.

No di Malaysia sekarang ada 32 Juta lebih.

Sekian, Terima kasih.

Rabu, 23 Oktober 2013

BURUNG PIPIT TERBAKAR....SEDIH!!!!!!!!!!!!!!!!!




 PHOTO DARI NIKMET

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa
pakaian menutup tubuhnya.
Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil
lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia
menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di
bacanya.

Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata,

“Abang, apa abang
tutup dengan buku tu?” tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku.
Kerana malu, pemuda itu menjawab,

“Ah tidak ada apa-apa. ini hanya
seekor burung pipit?” Seekor burung pipit?” tanya gadis itu kebingungan.

Betul, hanya seekor burung pipit,” jawab pemuda lebih tegas. Setelah

gadis kecil itu pergi berlalu, si pemuda kembali membaca buku sambil
meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur.

Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat
sangat.

Seorang polis menanyainya,

“Apa yang terjadi?” “Saya tidak tahu. Saya
sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan
tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di
sini. Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya,

“Apa
yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?”

Gadis kecil itu menjawab,

“Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang
tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi
tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya
patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar
sarangnya!”


JANGAN TEMBERANG SAMA ITU BUDAK KECIL!!!!! NAHAS BRO.... 

Selasa, 8 Oktober 2013

Tarikh Pembentangan Bajet 2014



 Bajet 2014



Menurut laporan, Bajet 2014 akan dibentangkan pada 25 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Selain in, Datuk Seri Najib juga mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan olehnya bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

“Pejabat dasar fiskal di Perbendaharaan akan berkhidmat untuk jawatankuasa ini. Ini menunjukkan keseriusan dari segi menguruskan kedudukan fiskal dan mengurangkan defisit fiskal kita. Kerajaan berada kedudukan yang betul untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada 4.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lepas kepada empat peratus tahun ini.

Datuk Seri Najib turut menyatakan bahawa tema perundingan belanjawan tahun ini ialah, Mengotakan Janji, Merancakkan Transformasi.


* agak2 gaji naik tak?
*elaun rumah yang rm180 tu ada kenaikan ke tak?
*harga minyak?
*harga rumah?
*pinjaman increase tak tahun pembiayaan dia?
*apa yang agak2 korang rasa patut ada dalam pembentangan ni?
*doa2kan rakyat didahulukan lagi tahun depan...AMIN......................................

sumber dari ----->> aku punyer