Rabu, 9 Januari 2013

FACEBOOK BINTI JAMAL IBRAHIM

MESIR: SEORANG BAPA MEMBERI NAMA ANAK PEREMPUAN NYA "FACEBOOK"

Akhbar tempatan Mesir, Al-Ahram melaporkan " "Seorang lelaki muda dalam lingkungan dua puluhan  mahu  meluahkan rasa terima kasih tentang  kemenangan belia(pengasas facebook) 25 Jan telah dicapai dan memilih untuk meluahkanya dalam bentuk menamakan anak sulung gadisnya " Facebook "binti Jamal Ibrahim (namanya.)Keluarga gadis itu,kawan-kawan, dan jiran-jiran di rantau Ibrahimya berkumpul di sekeliling bayi yang baru dilahirkan untuk menyatakan sokongan berterusan mereka bagi revolusi yang bermula di Facebook. "Facebook" menerima banyak hadiah dari belia yang gembira dengan ketibaan dan nama baru bayi tersebut. Penggunaan nama [Facebook] telah  mengejutkan seluruh dunia. "



 Secara peribadi, saya amat gembira gadis itu tidak dilahirkan pada tahun 2003, kerana namanya akan menjadi  "Myspace," dan itu perkara yang pasti dielak.

Selasa, 8 Januari 2013

MESSI TERBAIK DUNIA


BINTANG bola sepak kelahiran Argentina, Lionel Messi, 25, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut awal pagi tadi.
Anugerah Ballon d’Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972.
Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga.

Dalam Majlis Anugerah FIFA yang diadakan di Zurich, Switzerland itu, Messi menerima 41.60 peratus undian mengatasi C.Ronaldo (23.68 peratus) dan Iniesta (10.91 peratus).Dia menerima Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2009 sebelum memenangi Ballon d’Or FIFA pada 2010 dan 2011 apabila gelaran berkenaan digabungkan dengan anugerah Ballon d’Or yang dianjurkan oleh majalah France Football.

Penyerang legenda Brazil, Ronaldo dan pemain tengah Perancis, Zinedine Zidane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali namun bukan secara berturut-turut, manakala Michel Platini memenangi anugerah Ballon d’Or tiga kali berturut-turut pada tahun 80-an. - REUTERS-=- sumber:metro





 Senarai Pemenang
 Jurulatih Terbaik 2012 - Vicente Del Bosque (Sepanyol) dan Pia Sundhage (Bekas jurulatih pasukan wanita Amerika Syarikat)






Pemain Wanita Terbaik 2012 - Abby Wambach (AS)  

 
 
 
Anugerah Puskas (Jaringan Terbaik) - Miroslav Stoch, Fenerbahçe






Anugerah Presiden FIFA - Franz Beckenbauer
 



Anugerah FIFA Fair Play - Uzbekistan
 

RIBUT SUNAMO

Ketahui lebih lanjut mengenai keadaan RIBUT SUNAMO di JABATAN KAJI CUACA/Jabatan Meteorologi Malaysia...


Ribut Sunamo: Penduduk pesisir pantai usah panik

KUALA TERENGGANU 7 Jan. - Penduduk pesisir pantai diminta tidak terlalu panik berikutan amaran ribut tropika Sunamo dengan kelajuan lebih 100 kilometer sejam yang bakal melanda Pantai Timur esok.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Tajul Ariffin Muhamad berkata, perkara itu berikutan ribut yang berpusar di perairan Laut China Selatan tersebut semakin menjauhi persisiran pantai Pantai Timur selain semakin reda.
Menurutnya, ribut itu juga hanya akan menyebabkan fenomena biasa dengan angin kencang serta hujan lebat dan bukannya taufan seperti yang digembar-gemburkan.
Bagaimanapun jelas beliau, ribut tropika itu difahamkan boleh mengakibatkan negeri itu dilanda banjir gelombang ketiga yang lebih besar berbanding bencana sebelum ini. - UTUSAN

                                                    SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN  
                                                     

                                                  -------> KLIK SINI UNTUK KAJI CUACA